StoneX Umumkan Akses Hari Pertama kepada Niaga Hadapan Nikel SHFE

FCM Bukan Bank Terbesar Menyediakan Akses kepada Kontrak Dagangan Bursa Antarabangsa di China


NEW YORK dan SINGAPURA, April 23, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- StoneX Group Inc. (“StoneX”; NASDAQ: SNEX) kini menawarkan kepada para pelanggan akses hari pertama kepada niaga hadapan dan opsyen Nikel yang disenaraikan di Shanghai Futures Exchange (SHFE). Pengumuman ini dibuat susulan kelulusan oleh pengawal selia China (CSRC) terhadap kontrak SHFE dan menandakan kali pertama kontrak ini tersedia kepada peserta antarabangsa melalui laluan Overseas Intermediary (OI).

Laluan OI menyediakan mekanisme yang dikawal selia yang membolehkan peserta antarabangsa yang layak mengakses kontrak niaga hadapan dan opsyen terpilih di pasaran domestik.

StoneX merupakan Futures Commission Merchant (FCM) bukan bank terbesar dengan kebenaran OI, memberikan pelanggan akses kepada derivatif dagangan bursa China di pasaran domestik. Dengan penambahan kontrak niaga hadapan SHFE kepada kontrak logam asas lain yang tersedia secara global di London Metal Exchange dan CME Group kini membolehkan pelanggan StoneX memasukkan harga pasaran China ke dalam rangka kerja pengurusan risiko mereka. Kontrak Nikel SHFE adalah antara kontrak logam asas yang paling aktif didagangkan secara global.

“Kami amat berbesar hati kerana pelanggan StoneX boleh berdagang dalam kontrak SHFE seawal hari pertama pembukaan pasaran, menonjolkan fokus kami yang tidak berbelah bahagi untuk menawarkan pelanggan alat terbaik bagi strategi dagangan dan lindung nilai mereka,” kata Michael Skinner, Ketua Global Logam, StoneX. “Kami kekal komited sepenuhnya untuk menyediakan keseluruhan rangkaian keupayaan StoneX kepada pelanggan global kami, bergerak pantas untuk menyokong cara mereka mengakses pasaran engan pendekatan yang paling sejajar dengan objektif mereka.”

Perihal StoneX
StoneX Group Inc., melalui anak syarikatnya, mengendalikan rangkaian perkhidmatan kewangan global yang menghubungkan syarikat, organisasi, pedagang dan pelabur kepada ekosistem pasaran global. Rangkaian ini dibentuk melalui gabungan unik platform digital, perkhidmatan penyelesaian dan pelaksanaan hujung-ke-hujung, khidmat berimpak tinggi, serta kepakaran yang mendalam. Syarikat ini berusaha untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai pelanggan, menyediakan rangkaian, produk dan perkhidmatan bagi membantu mereka mengejar peluang perniagaan, mengurus risiko pasaran, membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, sekali gus meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Sebagai syarikat Fortune 50 yang beribu pejabat di New York City dan tersenarai di Nasdaq Global Select Market (NASDAQ: SNEX), StoneX Group Inc. bersama lebih daripada 5,400 pekerja berkhidmat kepada lebih 80,000 pelanggan komersial, institusi dan pembayaran. Selain itu, syarikat ini turut menyokong lebih 260,000 akaun runcit, merentasi lebih 80 pejabat di enam benua. Maklumat lanjut boleh didapati di www.stonex.com.

Pertanyaan Media:
Dana S. Grosser
Ketua Global Komunikasi Korporat
media@stonex.com
+1 (646) 984-1967

SNEX-G


GlobeNewswire

Recommended Reading