Taconic Biosciences Mengumumkan Pembentukan Lembaga Penasihat Saintifik


RENSSELAER, N.Y., Feb. 23, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam model tikus kejuruteraan genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan pembentukan Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) dengan pelantikan awal J. Victor Garcia, PhD, Andrew Goodman, PhD dan David Hill, PhD.

SAB akan bekerjasama dengan pengurusan Taconic dalam memberikan pandangan saintifik dan panduan tentang evolusi portfolio produk dan perkhidmatan syarikat. Dengan kepimpinan sedia ada Taconic dalam bidang mikrobiom dan imuno-onkologi, ahli SAB membawakan kepakaran pelengkap untuk terus memacu inovasi dalam bidang ini dan bidang penyelidikan yang lain.

“Penemuan dan model haiwan praklinikal semakin menuju ke arah model translasi rumit bernilai tinggi. Untuk terus memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami, Taconic memerlukan bimbingan daripada pakar saintifik ternama semasa kami membangunkan dan mengesahkan model dan perkhidmatan baharu,” kata Bob Rosenthal, CEO Taconic Biosciences. 

Dr. J. Victor Garcia ialah Profesor Perubatan di Pusat Kajian AIDS (CFAR), Institut Kesihatan Global & Penyakit Berjangkit (IGHID) dan Bahagian Penyakit Berjangkit di Jabatan Perubatan, semuanya di University of North Carolina di Chapel Hill. Beliau merupakan Penyiasat Oliver Smithies dan Felow American Academy of Microbiology. Sepanjang kerjayanya, Dr. Garcia telah menjadi pakar dalam perkembangan, pelaksanaan dan penggunaan tikus genetik manusia untuk kajian bioperubatan, terutamanya dalam bidang penyakit berjangkit. Dr. Garcia memperoleh Sarjana Muda Sains dalam bidang kimia di Instituto Tecnológico y de Estudios Superiores de Monterrey dan PhD dalam bidang kimia di Georgetown University.

Dr. Andrew Goodman ialah Profesor Madya bagi Patogenesis Mikrob dan ahli Microbial Sciences Institute di Yale University School of Medicine. Untuk kerja ini, Dr. Goodman telah diiktiraf dengan Anugerah Inovator Baharu Pengarah NIH, Fellowship Pew Scholars, Anugerah Profesor Muda DuPont, Anugerah Penyiasat Burroughs Wellcome Fund, Anugerah Sarjana Fakulti Howard Hughes Medical Institute dan Anugerah Kerjaya Awal Presiden dalam Sains dan Kejuruteraan. Penyelidikan Dr. Goodman berfokus terhadap memahami mekanisma interaksi antara organisma mikrobiom usus manusia dan hosnya. Makmal Goodman menggabungkan genetik mikrob, model haiwan gnotobiotik dan pendekatan pengkomputeran untuk membangunkan teknologi baharu untuk mengkaji mikrobiom dan menggunakan pendekatan ini untuk mencari punca dan akibat variasi mikrobiom interpersonal. Dr. Goodman memperoleh latihan dalam bidang ekologi dan biologi evolusi di Princeton University dan melengkapkan PhD dalam bidang mikrobiologi di Harvard Medical School.

Dr. David Hill telah mengukuhkan dan mengembangkan kerjayanya dengan memimpin jabatan farmakologi di banyak syarikat farmaseutikal besar, termasuk 20 tahun di Organon dan Merck.  Kepakaran terapeutik Dr. Hill termasuk neurosains, kesakitan, anestesia, penyakit kardiometabolisme dan onkologi. Sepanjang kerjayanya, Dr, Hill telah memainkan peranan penting dalam mengarah program model haiwan praklinikal pelbagai saiz yang menghasilkan banyak ilmu terapi baharu yang diluluskan. Di luar bidang kepakarannya, Dr. Hill juga mempunyai pengetahuan mendalam tentang cara menggunakan sumber dalaman dan luaran untuk mendapatkan hasil saintifik dan perniagaan yang baik. Dr. Hill memperoleh Sarjana Muda Sains dalam bidang biologi gunaan daripada Hatfield Polytechnic dan PhD dalam bidang farmakologi daripada St. Thomas Hospital Medical School.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences merupakan peneraju global dalam model rodensia tereka bentuk genetik dan perkhidmatan. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model penyelidikan yang berharga di seluruh dunia. Sebagai pakar untuk model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan tersepadu, Taconic mengendalikan tiga buah makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com